Lori ATM langgar tembok tol, 12 cedera

Lori ATM langgar tembok tol, 12 cedera

SEBUAH lori ATM yang dalam perjalanan membawa 13 orang Parajurit Muda terbabit dalam kemalangan selepas melanggar tembok batu pemisah lorong tol di Kilometer 7.1 Plaza Tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Seremban, semalam. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dalam perjalanan membawa 13 Parajurit Muda terbabit dalam kemalangan selepas melanggar tembok batu pemisah lorong tol di Kilometer 7.1 Plaza Tol Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kemalangan pada pukul 7.10 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah brek mengakibatkan 12 orang termasuk pemandu lori ATM cedera.

Nanda berkata, pemandu lori dan tiga penumpang mengalami kecederaan parah manakala lapan lagi penumpang cedera ringan.

KESEMUA 12 mangsa yang berusia antara 19 sehingga 25 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban oleh ambulans untuk menerima rawatan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah lori tiga tan jenis Hicom yang dipandu oleh seorang anggota tentera lelaki berusia 25 tahun sedang bergerak di lorong paling kiri.

“Lori ATM itu yang dipercayai mengalami kerosakan brek telah hilang kawalan lalu merempuh bahagian tembok tengah pembahagi lorong tol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, ketika kejadian lori tersebut membawa 13 penumpang yang merupakan Parajurit Muda dalam perjalanan dari Markas 1 Kompeni Angkut Kem Si Rusa, Port Dickson menghala ke arah Terminal One, Seremban.

“13 Parajurit Muda itu baru menamatkan latihan asas ketenteraan dan dihantar ke Terminal One Seremban dengan tujuan menghantar kesemua mereka pulang bercuti.

“Kesemua 12 mangsa yang berusia antara 19 sehingga 25 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban oleh ambulans untuk menerima rawatan,” katanya.

Nanda berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya