Loke mohon maaf, tidak akan jawab isu politik jika berada di kementerian - Utusan Malaysia

Loke mohon maaf, tidak akan jawab isu politik jika berada di kementerian

ANTHONY Loke beramah mesra dengan warga kementerian di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan beliau tidak akan menjawab sebarang persoalan mengenai isu politik atau parti diwakilinya ketika berada di kementeriannya.

Menurutnya, itu pendiriannya dan beliau mahu wartawan memahami soal itu kerana fokusnya pada isu kementerian sahaja.

“Sebarang persoalan politik saya akan jawab jika berada dalam program parti sahaja dan bukan kementerian kerana itu merupakan pendirian saya.

“Bukan saya nak angkuh dan sombong. Bukan saya tak nak jawab soalan, kalau isu politik boleh tanya saya dekat luar ketika program parti. Kalau sidang media Kementerian Pengangkutan, saya hanya akan menjawab isu-isu kementerian sahaja, itu pendirian saya,” katanya.

Pada masa sama, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP turut memohon maaf kepada media yang hadir dan berharap agar media dapat memahami pendiriannya itu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa, DAP menikmati banyak manfaat walaupun tidak ramai ahli Parlimen parti itu terpilih memegang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Menjawab ringkas dakwaan itu, Loke berkata, beliau tidak mahu mengambil serius dakwaan itu kerana apa yang penting ialah fokus kepada kementerian dipimpinnya.

“Biarlah pihak lain nak cakap apa itu hak dia, kita telah pun diberikan mandat dan tanggungjawab oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi, tugas saya ialah fokus kepada tugas sebagai Menteri Pengangkutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya