Lewat hantar ganggu bekalan minyak masak peket

Lewat hantar ganggu bekalan minyak masak peket

SEORANG pekerja kedai pemborong minyak masak menunjukkan nota pemberitahuan kehabisan minyak masak peket di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kelewatan penghantaran dari kilang ke kedai pemborong menjadi antara faktor bekalan minyak masak peket terganggu di pasaran.

Seorang pekerja kedai pemborong minyak masak di bandar ini yang hanya mahu dikenali sebagai Aishah, 36, berkata, tiada isu kekurangan bekalan yang diterima kedai itu dari pihak pengilang sebaliknya ia hanya melibatkan proses penghantaran.

“Kadangkala lori penghantaran lewat sehari menghantar bekalan, itu sahaja. Biasanya setiap kali penghantaran, kami menerima kira-kira 5,000 kilogram minyak masak peket dan ia mampu bertahan antara tiga hingga empat hari di kedai ini.

“Kira-kira 50 pekedai dan peruncit sekitar Seremban dan Nilai mengambil bekalan minyak masak peket dari kami. Setiap daripada mereka menerima jumlah bekalan berdasarkan kuota dan lesen yang mereka peroleh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya mini di sekitar Sikamat dan Bandar Sri Sendayan di sini mendapati,tiada minyak masak paket bersubsidi satu kilogram yang dijual.

Seorang pekerja, Fauziah, 28, memberitahu, pasar raya tempatnya bekerja tidak mempunyai minyak masak peket untuk dijual sejak dua hari lalu.

“Keadaan seperti ini biasa berlaku, apabila stok ada memang menjadi tumpuan pelanggan tetapi sudah tentu kami akan mengehadkan pembelian. Harga tidak berubah iaitu RM2.50 bagi setiap peket,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN