Lelaki Nepal direman kes bunuh dua pengawal keselamatan

Lelaki Nepal direman kes bunuh dua pengawal keselamatan

SEORANG lelaki warga Nepal (depan kanan) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh dua pengawal keselamatan di Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki warga Nepal ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh dua pengawal keselamatan warganegara sama dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Pusat Komersial Oakland di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Nur Haryatie Mohd. Saini di Mahkamah Khas Reman hari ini,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Nanda berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Semalam media melaporkan dua pengawal keselamatan warga Nepal ditemui maut dipercayai dibunuh oleh rakan senegara dalam kejadian di Pusat Komersial Oakland di sini.

Kedua-dua mangsa berusia 35 dan 46 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang di premis tersebut yang dijadikan kantin pekerja.

Selain itu, terdapat kesan kecederaan hentakan pada bahagian muka mangsa dipercayai dipukul menggunakan penukul yang turut ditemui di lokasi kejadian.

Suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol ditemui bersama dua mangsa dan ditahan untuk siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN