LADA tumpu pembangunan pelancongan budaya - Utusan Malaysia

LADA tumpu pembangunan pelancongan budaya

LAWATAN di Yayasan Warisan Johor menjadi medan perkongsian maklumat sempena program Retreat Bersama Media 2022 anjuran LADA di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mahu menerapkan unsur seni dan budaya sebagai identiti pelancongan bagi mempelbagaikan lagi produk yang boleh menarik kehadiran pengunjung ke pulau peranginan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, usaha pemuliharaan seni dan budaya itu akan menampilkan pulau peranginan itu dengan identiti kebudayaannya yang tersendiri.

“Kita akan memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan pelancongan budaya Langkawi seawal tahun depan dalam usaha untuk meningkatkan lagi keunikan pulau ini melalui komponen pelancongan berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Nasaruddin, LADA sudah memulakan usaha tersebut dengan mengadakan program seperti Hari Mahsuri yang mengetengahkan unsur kebudayaan di Langkawi.

Sementara itu, beliau memaklumkan program Retreat Bersama Media 2022 yang dianjurkan LADA sebagai tanda penghargaan kepada media yang menjadi tulang belakang dalam membantu pihaknya mempromosikan Langkawi.

Beliau berkata, program selama empat hari di Johor Bahru baru-baru ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi jalinan kerjasama antara LADA dan pihak media.

“Dengan pelan komunikasi yang lebih mantap pada tahun 2023, LADA berharap jalinan kerjasama ini dapat membantu dalam hala tuju promosi kepada pelancongan Langkawi,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.