Kumpul lebih RM40,000, kutipan untuk Nad Zainal dihentikan - Utusan Malaysia

Kumpul lebih RM40,000, kutipan untuk Nad Zainal dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sherry Alhadad memaklumkan, lebih RM40,000 berjaya dikumpul untuk membiayai kos perubatan pelakon, Nad Zainal yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang, dekat sini.

Katanya, dana yang disumbangkan itu telah diserahkan kepada ayah pelakon tersebut, Zainal Abidin Abu.

“Mewakili ibu dan bapa Nad Zainal, kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan industri (artis, sahabat dan pensyarah di Aswara, penerbit televisyen, media, jurusolek, pereka fesyen serta peminat).

“Sebanyak RM43, 987.50 telah dimasukkan ke dalam akaun ayah Nad untuk urusan bayaran hospital. Sehubungan itu, kami akan menghentikan kutipan sumbangan di bawah akaun, thespian legacy.

“Terima kasih semua atas doa dan sumbangan yang diberikan kepada sahabat kita. Semoga usaha kita dipermudahkan dan sahabat kita kembali sihat,” tulisnya di Instastory.

Nad dimasukkan ke hospital pada 22 November lalu akibat jangkitan paru-paru. Pelakon drama Cina Buta itu kini dalam proses pemulihan dan masih ditempatkan di ICU.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya