Kritikan beri semangat, bukan bunuh jiwa – Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Kritikan beri semangat, bukan bunuh jiwa – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berpandangan, setiap juri bertanggungjawab untuk mendidik peserta dan bukan sekadar memberi komen yang boleh ditafsirkan sebagai menghina dan menjatuhkan air muka peserta.

Jelasnya yang pernah mengadili pelbagai program realiti, keperluan produksi dan skrip menjadi elemen penting dalam menentukan cara penjurian dan kritikan, asalkan tidak berlebihan.

“Saya pernah diminta untuk menjadi juri yang garang. Ada kala diminta bersederhana dan menjadi diri sendiri. Sekiranya ia keperluan skrip, tidak jadi masalah asalkan tidak menjatuhkan maruah peserta.

“Seandainya kehendak skrip itu keterlaluan, juri ada hak untuk menolak. Skrip penting, tetapi tanggungjawab juri untuk mengadili dan mendidik peserta lebih penting. Beri kritikan bina semangat, bukan bunuh jiwa mereka,” katanya.

Tambahnya, setiap pendapat dan mood penjurian memberi impak sangat besar kepada peserta, sama ada mahu terus bertahan atau berputus asa.

Baginya, setiap juri mempunyai pesona tersendiri. Namun, sekiranya karakter itu sengaja dicipta untuk populariti, tidak adil menjadikan peserta sebagai sasaran semata-mata menghidupkan pesona tersebut.

“Bagi peserta pula, apabila memasuki sesebuah program realiti, pasti akan ada juri yang berbeza personaliti dan cara kritikan. Sekiranya juri menghamburkan kata-kata menghukum, tadah telinga, muka dan maruah.

“Itu adalah realiti. Kita kena bersiap sedia untuk hadapi apa sahaja kritikan. Jangan masuk pertandingan realiti hanya untuk dipuji. Kalau anda kuat semangat dan bersedia terima apa sahaja kritikan, insya-Allah anda akan berjaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.