Konvokesyen: UiTM catat dua rekod MBOR - Utusan Malaysia

Konvokesyen: UiTM catat dua rekod MBOR

UiTM MBOR
ROZIAH Mohd. Janor (dua, kanan) menunjukkan sijil pengiktirafan daripada MBOR selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-95 di, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penangguhan istiadat konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada dua tahun lalu memberi hikmah apabila institusi itu mencatat dua pencapaian dalam Malaysia Book of Record (MBOR).

Istiadat Konvokesyen Ke-95 UiTM yang berlangsung sehingga 21 Disember ini menyaksikan universiti itu mencatat rekod jumlah skrol terbanyak dan tertinggi disampaikan oleh Naib Canselor dalam sesebuah konvokesyen.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, jumlah tersebut dicapai selepas dua tahun istiadat itu tidak dapat dilaksanakan.

“Bagi rekod jumlah skrol, sebanyak 31,220 skrol diberikan kepada 31,220 graduan pada istiadat kali ini, yang berlangsung dari 26 November hingga 21 Disember ini.

“Bagi rekod kedua, saya sebagai Naib Canselor telah menyerahkan 15,322 skrol kepada 15,322 graduan dalam sesebuah istiadat,” katanya selepas berakhirnya Istiadat Konvokesyen bagi UiTM kampus Semenanjung Malaysia di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan istiadat konvokesyen kali ini juga menyaksikan bilangan graduan wanita adalah paling ramai iaitu mencapai sehingga 70 peratus berbanding lelaki.

“Manakala bagi pecahan fakulti pula, Fakulti Perniagaan dan Perniagaan mencatatkan bilangan graduan yang paling ramai menerima skrol pada istiadat kali ini.

“Istiadat kali ini akan diteruskan di UiTM Kuching bagi graduan yang belajar di kesemua UiTM cawangan Sarawak dan UiTM Kota Kinabalu bagi graduan yang belajar kesemua UiTM cawangan Sabah,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya