Kit Siang syor bentuk jawatan kuasa siasat Islamofobio

Kit Siang syor bentuk jawatan kuasa siasat Islamofobio, jemput Pas beri kerjasama 

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perpaduan dicadang membentuk jawatan kuasa terdiri daripada panel pakar beragama Islam dan bukan Islam untuk menyiasat jika wujud parti-parti politik mempromosi Islamofobia. 

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, jawatan kuasa itu antara lain mengkaji isu melibatkan Islamofobia dan fobia terhadap mana-mana agama di negara ini. 

Jelasnya, jawatan kuasa berkenaan perlu memberi cadangan untuk memastikan Malaysia tidak terus berpecah-belah dengan politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman dan keagamaan. 

“Jawatankuasa ini juga patut menjemput Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan pemimpin Pas lain untuk memberi kerjasama membuktikan pertuduhan-pertuduhan mereka terhadap DAP dan PKR yang dikatakan sebagai mempromosi Islamofobia. 

“Apabila parti-parti politik yang menerima sepenuhnya Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan harmoni boleh dituduh sebagai mempromosi Islamofobia, perkara yang menjejaskan Rukun Negara dan perpaduan negara sebegini hendaklah dipandang serius. 

“Tiada asas langsung kepada pertuduhan mengatakan DAP dan PKR bersifat Islamofobia. Oleh kerana tuduhan ini dibuat secara terang-terangan dan diulang-ulang, pertuduhan ini perlu diambil serius walaupun tiada keperluan untuk reaksi yang melampau terhadap fitnah seperti ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan mendakwa, DAP menyebarkan fahaman Islamofobia terhadap golongan bumiputera bukan Islam walaupun pemimpin parti itu pernah memohon maaf terhadap kesilapan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya