HULU SELANGOR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hadir di pos kawalan kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini.
Beliau tiba di sini sekitar pukul 10.30 pagi tadi bagi meninjau perkembangan kejadian tanah runtuh di sini.
Bagaimanapun tiada perkembangan dilaporkan setakat ini kepada pengamal media yang menunggu di sini.
Terdahulu, dianggarkan seramai 100 orang menjadi mangsa tanah runtuh dalam satu kejadian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland di sini kira-kira pukul 2 pagi tadi.
Menurut maklumat awal, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan berkenaan yang berada berdekatan dengannya.
Ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dengan anggaran keluasan tanah runtuhan 0.4 hektar. – UTUSAN










