Kerajaan sedang bincang turunkan harga telco - Utusan Malaysia

Kerajaan sedang bincang turunkan harga telco

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu perbincangan bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi sedang diadakan di antara Kementerian Komunikasi dan Digital dan syarikat penyedia telco negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan itu turut melibatkan pihak  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya tengah bincang dengan SKMM dan juga telco apakah yang kita boleh buat untuk kita kurangkan kos.

“Saya tengok sekarang ramai anak muda mengharapkan harga internet, telefon dan line (rangkaian) dapat dikurangkan,” katanya dalam slot program ALFA yang bersiaran secara langsung di Facebook Nasional FM, hari ini.

Menurut Fahmi, beliau juga telah mengarahkan SKMM serta penyedia-penyedia telco di negara ini untuk menjalankan kajian berkenaan rancangan tersebut.

“Saya sudah minta mereka tolong kaji apa yang kita boleh lakukan sekarang, jadi mungkin dalam minggu akan datang saya akan ada pengumuman khas. Tapi kena tunggulah dahulu,” katanya.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut memaklumkan beliau sedang meneliti langkah terbaik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan capaian rangkaian 4G dan 5G di negara ini.

“Kita sedang bercakap tentang 5G, ada negara lain dah mula bincang tentang 6G. Jadi kita kena ada pergerakan yang lebih cepat.

“Sebagai menteri saya kena teliti dengan apa yang boleh saya bantu untuk memastikan proses mereka yang hendak guna 5G dapat guna.

“Mutu perkhidmatan dan masalah capaian akses rangkaian 4G dan 5G juga dapat diselesaikan terutamanya untuk kawasan seperti Sabah dan Sarawak serta beberapa lokasi di Johor dan Melaka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya