Kerajaan Perpaduan jangan pinggirkan Pas - Utusan Malaysia

Kerajaan Perpaduan jangan pinggirkan Pas

MOHD. Amar Nik Abdullah (kiri) bergambar dengan penduduk yang hadir pada majlis jamuan kesyukuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor di Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janji menjaga kepentingan semua pihak dan bukan hanya menjaga golongan tertentu sehingga meminggirkan negeri di bawah pentadbiran Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sikap tersebut perlulah selari dengan prinsip demokrasi dan ketelusan dalam pentadbiran.

“Kita harap apa yang disebut akan dikotakan, walaupun negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang perlu dilayan sama rata dan tidak dipinggirkan.

“Jangan jadi macam pada pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu dengan meminggirkan hak negeri pembangkang sehingga jauh ketinggalan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis jamuan kesyukuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor hari ini.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, pihaknya menyerahkan keputusan berhubung projek tebatan banjir di negeri ini kepada pihak Persekutuan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, projek itu di bawah Kerajaan Persekutuan sebelum ini, dan ia telah lama dibincangkan lebih 10 tahun lalu.

“Diharapkan dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Kerajaan Persekutuan tidak merugikan rakyat. Jika projek tebatan ini lewat dijalankan di Kelantan, maka ia menyebabkan ramai rakyat terpaksa menanggung sengsara dan ia menyusahkan ramai pihak,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion dikaji semula. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN