Kenderaan bawa timbalan menteri masuk Istana Negara untuk angkat sumpah jawatan

Kenderaan bawa timbalan menteri masuk Istana Negara untuk angkat sumpah jawatan

KENDERAAN Timbalan Menteri beransur tiba memasuki pintu 2 Istana Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa timbalan menteri mula beransur-ansur memasuki Pintu 2, Istana Negara hari ini bagi istiadat mengangkat sumpah jawatan.

Mereka mula tiba di pekarangan Istana Negara di sini sejak pukul 2 petang ini.

Antara Ahli Parlimen yang kelihatan tiba adalah Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.

Kedua-dua pemimpin itu masing-masing dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Timbalan Menteri Pertahanan.

Ketibaan itu dijadualkan bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia pada pukul 3 petang ini.

Malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 27 timbalan Menteri bagi memperkukuhkan saf kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beberapa muka baharu digandingkan dengan pemimpin berpengalaman dalam pengumuman tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN