Kelantan peruntuk RM1.5 juta beli lima lori tangki hadapi banjir

Kelantan peruntuk RM1.5 juta beli lima lori tangki hadapi banjir

AZAMI Mohd. Nor (kanan) semasa turun padang melihat kesan kebakaran Pondok Terusan, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan. - FOTO/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi membeli lima buah lori tangki sebagai persiapan untuk membekalkan air bersih sepanjang musim banjir terutama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, kemudahan itu dijangka mampu mengelakkan masalah gangguan bekalan sebagaimana pernah berlaku di PPS Gelang Mas, Pasir Mas sebelum ini.

“Sebelum ini sebanyak sembilan buah lori telah disediakan oleh pengendali perkhidmatan iaitu Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.

“Kehadiran lori baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14 buah. Ianya sekali gus mampu melancarkan operasi di seluruh jajahan,” katanya selepas menyerahkan sumbangan wang tunai kepada mangsa kebakaran di Pondok Terusan, Pasir Tumboh, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok itu memberitahu, jumlah RM1.5 juta yang digunakan tersebut adalah daripada peruntukan keseluruhan untuk bekalan air bersih bersih di negeri ini berjumlah RM58 juta.

Katanya, peruntukan tersebut turut digunakan untuk kerja-kerja penukaran paip dan penyediaan kemudahan lain yang melibatkan bekalan air bersih. 

“Bermula Julai 2020 hingga September tahun ini, AKSB sudah membelanjakan lebih RM11 juta untuk membayar sewa 30 buah lori tangki bagi penghantaran air kepada rakyat yang mengalami gangguan bekalan air.

“Semua usaha yang dilakukan oleh AKSB itu adalah untuk kemudahan rakyat mendapat bekalan air bersih. Jadi ada rungutan yang mendakwa kerajaan tidak mengambil perhatian mengenai masalah air bersih di negeri ini kerana perbelanjaan besar disediakan, itu tidak betul,” ujarnya.

Azami berkata, sebanyak 435 buah tangki statik sudah ditempatkan di rumah penduduk yang terjejas bagi mengatasi masalah gangguan bekalan dan tambahan akan dilakukan bergantung kepada keperluan semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.