Kawasan selatan Kelantan perlu sebuah pusat komuniti belia - Utusan Malaysia

Kawasan selatan Kelantan perlu sebuah pusat komuniti belia

AZMAWI Fikri Abdul Ghani (berdiri) menyantuni belia di Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pemuda UMNO Kelantan mahu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak meminggirkan anak muda di negeri ini khususnya kawasan luar bandar terutama dalam aspek pembangunan.

Ketua Penerangannya, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, pelan pembangunan sedia ada sebelum ini perlu dikekalkan dengan membuat penambahbaikan untuk manfaat belia di kawasan luar bandar.

“Kita sudah berada di Revolusi 4.0 dan sedang menuju ke Revolusi 5.0 tetapi belia di luar bandar agak ketinggalan jauh, jadi diharap beliau dapat selarikan belia bandar dan luar bandar agar perbezaan tidak terlalu ketara.

“Dari segi pembaharuan kita harap kekalkan yang sedia ada dan tambah baik yang baharu kerana kita tidak mahu golongan belia dijadikan tikus makmal atau bahan uji kaji bagi perubahan yang baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang berkata, pihaknya berharap sebuah pusat komuniti belia dapat diwujudkan di kawasan selatan Kelantan.

Katanya, daerah Gua Musang harus diberi perhatian bagi projek berkenaan memandangkan kawasan jajahannya adalah paling luas di negeri ini dan terletak jauh dari Kompleks Belia dan Sukan di Kota Bharu.

“Kita berharap sebuah kompleks sukan di selatan Kelantan sebab sekarang kita hanya ada di Kota Bharu.

“Setiap pemimpin yang lahir ini adalah daripada persatuan-persatuan belia jadi kita kena memperkasa golongan ini. Kita tidak mahu berlaku lagi situasi dalam pemerintahan kerajaan PH yang terdahulu apabila bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan belia turut disekat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya