Kanser semakin lemah, Jane Fonda bebas kemoterapi

Kanser semakin lemah, Jane Fonda bebas kemoterapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEWS YORK: Pelakon, Jane Fonda mengesahkan dia semakin pulih dari kanser limfoma yang dialaminya, sekaligus dibebaskan daripada rawatan kemoterapi.

Kata Jane kepada Entertainment Tonight, berita gembira itu merupakan hadiah hari jadi paling bermakna dalam hidupnya.

“Saya telah dimaklumkan kanser saya semakin lemah dan tidak perlu lagi menjalani kemoterapi.

“Saya amat bersyukur dan rasa cukup bertuah. Terima kasih buat anda semua yang mendoakan dan mengingati saya.

“Saya percaya semua itu berperanan membawa kebaikan untuk saya,” katanya.

Terdahulu Jane menghidapkan kanser payu dara bagaimanapun pulih selepas menjalani pembedahan pembuangan tumor pada 2010.

Lapan tahun kemudian, pelakon filem Monster-in-Law ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan bawah bibir.

Namun pada September tahun ini, Jane mendedahkan dia mengalami kanser limfoma dan perlu menjalani rawatan kemoterapi enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN