Terengganu masih nilai keperluan kerja dari rumah

Terengganu masih nilai keperluan kerja dari rumah

AHMAD Samsuri Mokhtar (enam dari kanan) dan Abdul Hadi Awang (enam dari kiri) bergambar bersama para jemputan pada Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kerajaan Negeri Terengganu masih menilai keperluan untuk melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penilaian tersebut dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa di negeri ini yang berbeza berbanding kawasan Lembah Klang.

Katanya, faktor seperti kesesakan lalu-lintas yang memberi kesan kepada penggunaan bahan api tidak begitu ketara di Terengganu.

“Justeru itu, kita menilai semua aspek bersama pihak berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat. 

Setakat ini, saya tidak akan memberikan maklumat terperinci mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui media pada majlis penutup  Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-5 dan Himpunan Alam Melayu 2026 yang turut dihadiri, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Kompleks Sukan Terengganu, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, penjawat awam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta semua ibu negeri yang mempunyai jarak perjalanan melebihi lapan kilometer sehala dari rumah ke pejabat dibenarkan bekerja dari rumah tiga hari seminggu.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Pahang turut mengambil langkah sama apabila melaksanakan dasar BDR melibatkan penjawat awam negeri itu selama dua hari seminggu secara bergilir, berkuat kuasa minggu depan.

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha meringankan beban kos harian yang ditanggung penjawat awam, termasuk kos perjalanan, bahan api, tol, makan minum serta keperluan pengurusan keluarga. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN