Kanak-kanak berusia setahun hilang dibaham buaya

Kanak-kanak berusia setahun hilang dibaham buaya

PASUKAN Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak yang dibaham buaya di Lahad Datu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Kanak-kanak berusia setahun hilang dipercayai dibaham buaya manakala, bapanya mengalami kecederaan semasa cuba menyelamatkan anaknya berhampiran Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, bapa mangsa yang sedang mendayung sampan cuba menyelamatkan anaknya yang diserang buaya namun, gagal berbuat demikian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, lelaki berusia 45 tahun itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala akibat kesan gigitan buaya.

Mangsa yang dikenali sebagai Morehat yang mengalami cedera parah kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.25 pagi serta sepasukan enam pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa adalah seorang lelaki Palauh bersama anaknya yang dipercayai diserang buaya ketika mendayung sampan di lokasi.

“Lelaki dewasa itu berjaya diselamatkan orang awam namun mengalami cedera parah akibat serangan hidupan liar tersebutn,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kanak-kanak tersebut masih belum ditemukan dan operasi bagi mengesan mangsa masih berjalan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.