fbpx

Kalau komen mendatar, juri juga kena kutuk – Michael Ang

KUALA LUMPUR: Mengakui bahawa dia juga akan muncul dalam program Dapur Tempur sebagai juri jemputan, kata Michael Ang, peserta mahupun penonton tidak seharusnya bersikap mudah melenting dengan komen juri hanya kerana mereka menjalankan tugas yang diamanahkan.

Kata pengarah berusia 46 tahun ini, sudah namanya program realiti, peserta termasuk penonton perlu berlapang dada apabila juri memberikan pandangan meskipun ada ketika kedengaran kasar.

“Kasar bukan bermakna makian. Saya pun pernah sertai program realiti Masterchef Selebriti Malaysia sebelum ini dan saya terima sahaja cara juri mengkritik. Sebenarnya, bila sertai mana-mana pertandingan, kita harus membuka hati menerima sebarang bentuk kritikan.

“Kalau tidak mahu dikritik, jangan ‘gatal-gatal’ nak sertai program realiti. Karaktor juri yang agak keras perlu supaya rancangan itu lebih menarik ditonton.

“Kalau juri komen mendatar sahaja pun penonton akan kutuk juga. Dikatanya program tempatan tidak ada pembaharuan, tak ada elemen menarik, terkebelakang. Takkan semua komen nak kena berlapik dan cakap mendatar? Siapa yang nak tengok program itu nanti?”katanya.

Michael juga kurang bersetuju andai orang ramai terus menghentam Sheila memandangkan itu adalah karektor dan personaliti yang membentuk personalitinya.

“Disebabkan dia begitulah maka dia dipilih sebagai juri. Buat apa nak suruh dia tukar cara? Lagipun, saya rasa, dia cakap kuat, suara dia memang nyaring, tetapi dia tidaklah sampai menghina peserta. Tidak melampau.

“Disebabkan dia begitulah, maka penerbit memilihnya. Buat apa nak suruh dia tukar cara? Lagipun cara dia memberikan komen tidak terlalu melampau sehingga menghina peserta,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN