Johor naik taraf infra luar bandar bantu petani

Johor naik taraf infra luar bandar bantu petani

Zahari Sarip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan memperuntukkan RM43.63 juta bagi menaik taraf infrastruktur dan membaiki jalan-jalan ladang dan infrastruktur lain di kawasan luar bandar di negeri ini bagi manfaat penduduk kawasan berkenaan, termasuk para petani.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Johor dan Pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Johor.

“JPS Johor  memperuntukkan RM31.45 juta bagi melaksanakan 242 projek merangkumi lintasan jalan ladang sebanyak sembilan projek, infrastruktur pengairan, saliran pertanian dan asas tani (16 projek) dan  penyelenggaraan jalan luar bandar di bawah Marris (217 juta).

“Menerusi KPLB Johor pula, sebanyak RM12.18 juta diperuntukan bagi melaksanakan 188 projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) di seluruh negeri tahun ini meliputi laluan sejauh 517.44 kilometer.

“Muar adalah daerah dengan jumlah bilangan projek tertinggi, iaitu 51 projek yang bernilai RM3.43 juta diikuti Batu Pahat (38 projek, RM2.29 juta), Tangkak (29 projek, RM1 juta), Segamat (27 projek, RM2.4 juta) dan Pontian (17 projek, 570,000),” katanya ketika menjawab soalan Ng Kor Sim (PH-DAP)  dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya