Isu RM600 bilion dibincang dengan KPN - Saifuddin Nasution

Isu RM600 bilion dibincang dengan KPN – Saifuddin Nasution

SAIFUDDIN Nasution Ismail pada sidang akhbar selepas memulakan tugas secara rasmi di Kdn, pUTRAJAYA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan perbincangan secara serius dengan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani bagi mendapatkan maklumat isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Saifuddin berkata, beliau belum sempat mendapatkan maklumat kerana taklimat pertama yang diadakan adalah mengenai Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

“Sudah tentu saya akan dapatkan pandangan daripada pihak badan siasatan berkaitan, kalau ia berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ia dalam bidang kuasa kita, sekiranya berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentu mereka siasat.

“Buat masa ini juga, saya belum sebarang maklumat, esok petang baru saya akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada membuat satu kenyataan umum dan akan serahkannya kepada satu badan siasatan untuk meneliti perkara itu secara spesifik,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pertama menteri di pejabatnya hari ini. 

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat susulan dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini. 

Ia susulan, Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Kabinet sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya