Irmohizam menang anugerah BrandLeadership

Irmohizam menang anugerah BrandLeadership

IRMOHIZAM (tengah ) menerima anugerah BrandLeadership di ibu negara semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim memenangi Anugerah BrandLeadership berikutan peranan dan sumbangan signifikan terhadap pengembangan dan kejayaan Industri Acara Perniagaan (BE) di Malaysia.

Beliau yang juga Presiden Sementara Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BCEM), diiktiraf atas usaha berterusan memperjuangkan ekonomi acara perniagaan pada peringkat domestik dan antarabangsa sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran di Persatuan Pusat Perdagangan Dunia (WTCA) yang berpusat di New York.

Dalam satu kenyataan, WTCKL menyatakan bahawa Irmohizam mengambil alih WTCKL pada 2018 dan pada 2019 beliau mengetuai latihan penjenamaan semula berskala besar yang menggabungkan Garis Panduan Jenama Standard WTCA.

“Hasilnya WTCKL telah berubah. Dilengkapi dengan dewan yang dinaik taraf dan pelbagai pengubahsuaian dengan kemudahan tambahan seperti Co-Working Space.

“Sebagai Protem Presiden BECM, beliau menggunakan pengalaman luasnya bersama-sama bantuan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) dan pemain industri untuk mewujudkan Piawaian Acara Perniagaan di Malaysia,” menurut WTCKL dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ia akan memastikan tahap profesionalisme, pematuhan dan piawaian dalam industri kini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Standard Malaysia (JSM) serta menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai Piawaian Acara Perniagaan rasmi.

Irmohizam turut menerima anugerah Nation’s Pride Brand of The Year bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Yusri Junos bagi pihak WTCKL.

Anugerah tersebut disampaikan pada Majlis The BrandLaurete Awards Gala Dinner yang diadakan di  sebuah hotel di ibu negara malam tadi.

Pengiktirafan itu menunjukkan kecemerlangan dan dijangka dapat menyumbang kepada rangsangan ekonomi dan aktiviti perindustrian sekaligus secara agresif mempromosikan Malaysia supaya dikenali sebagai salah satu hab acara perniagaan di peringkat antarabangsa.

“Kita mesti kekal tangkas dalam menyesuaikan diri dengan iklim perniagaan semasa dan mengambil langkah yang betul untuk menghidupkan semula industri acara perniagaan serta melabur dalam modal insan dan teknolgi acara baharu,” kata Irmohizam. –UTUSAN

 

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya