Insiden kebocoran data AirAsia disiasat

Insiden kebocoran data AirAsia disiasat

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Siasatan awal terhadap insiden kebocoran data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia adalah berpunca daripada akses tanpa kebenaran yang mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mendapati serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia itu dikesan berlaku pada 12 November lalu.

Beliau berkata, syarikat induk AirAsia iaitu Capital A diarahkan mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer berkaitan dengan siasatan kes tersebut. 

“Pasukan siasatan kementerian terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) memulakan siasatan terhadap insiden itu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencerobohan dan impak keseluruhan insiden yang berlaku.

“Kami mengambil serius dakwaan berhubung insiden ketirisan data itu yang dipercayai digodam oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, perincian berhubung kes tidak dapat didedahkan kepada umum buat masa ini sementara siasatan masih dijalankan bagi mengelakkan implikasi perundangan serta mengganggu siasatan. 

Fahmi menggesa semua pengguna data sentiasa memantau dan mempertingkat aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa dengan memastikan infrastruktur sistem, pangkalan data serta rangkaian dikemas kini dan selamat. 

“Pengguna data hendaklah menggariskan polisi keselamatan siber dan memastikan polisi tersebut dipatuhi sebagai langkah bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya