Derita masalah antibodi lemah, tak boleh bekerja

Ibu tunggal derita masalah antibodi lemah, tak boleh bekerja

HASZITA Abu Taib (kiri) bersama anaknya, Hasminatul Syahzanani Nasuha ketika ditemui di Taman Jasmin, Senawang, Seremban, semalam. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang ibu tunggal tidak menyangka bintik-bintik merah seakan ruam pada kaki merupakan petanda dirinya menghidap penyakit antibodi lemah hingga sukar bergerak dan tidak boleh bekerja sejak bulan lalu.

Haszita Abu Taib, 41, berkata, selepas membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta, doktor mengesahkan dia mengalami thrombocytopenia iaitu tahap platlet rendah yang menyebabkan berlaku bintik-bintik merah seakan ruam selain bengkak pada kedua belah kaki.

“Selain itu, sekarang badan terasa sangat lemah hendak bangun berjalan pun susah perlu bantuan daripada anak serta sukar mahu bercakap kerana rasa sakit.

Sehubungan itu, sesiapa yang berhasrat membantu bo­leh salurkan kepada Haszita di nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 08102-29-00003819-2 atau hubungi talian 011-21132294.

“Pada mulanya, saya ke sebuah klinik tetapi doktor tidak dapat kesan punca penyakit kemudian saya telah membuat pemeriksaan di hospital swasta, “ ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN