‘Harap kerajaan atasi masalah telur’ - Utusan Malaysia

‘Harap kerajaan atasi masalah telur’

SEORANG pelanggan melihat bekalan telur ayam omega di sebuah pasar raya di bandar Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk terus mengeluh kerana tiada bekalan telur ayam dalam pasaran di daerah ini walaupun beberapa kawasan lain di negeri ini sudah tidak lagi berdepan dengan masalah itu terutama di pasar raya.

Tinjauan Utusan Malaysia di dua buah pasar raya di bandar ini mendapati, bekalan telur papan belum stabil apabila telur ayam omega bersaiz L yang masih dijual pada harga RM8.30 bagi 10 biji.

Seorang pengguna, Nur Zulaikha Azman, 28, mendakwa, masalah kekurangan bekalan telur sudah berlarutan lebih tiga bulan lalu menyebabkan beberapa kedai runcit dan pasar raya terpaksa mengehadkan jumlah pembelian telur kepada pelanggan.

“Ada pelanggan terutama­nya pengusaha kuih-muih terpaksa membuat tempahan lebih awal untuk beli telur ayam kerana bimbang bekalan habis.

“Kami sukar untuk mendapatkan telur di pasar raya dan terpaksa membeli telur omega yang harganya lebih mahal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi pengguna, Mohd. Zaidi Abdullah, 44, berkata, kebiasaan bekalan telur baharu akan tiba pada petang semalam atau Khamis setiap minggu.

Katanya, jumlah bekalan yang terhad di pasar raya menyebabkan dia terpaksa mendapatkan bahan mentah itu di kedai runcit.

“Masalah kekurangan telur ayam Gred A, B, C dan D sudah lama dan kita berharap kerajaan dapat menangani isu berkenaan.

“Bagi kami yang berkeluarga atau mempunyai bilangan anak ramai, telur sumber makanan asas kami,” katanya.

Sebelum ini, bekalan telur ayam di beberapa negeri dilaporkan kembali stabil, namun harganya kini meningkat sehingga mencecah RM18 sepapan bagi telur gred A. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN