Hamzah panaskan Dewan Rakyat

Mahu ambil alih kerajaan, bangkit isu homoseksual, Hamzah panaskan Dewan Rakyat

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kami bersedia untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dan kami akan perjuangkan hak rakyat tetapi kami juga bersedia untuk mengambil alih kerajaan apabila tiba masanya nanti,” kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Ketua Pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) itu berkata demikian ketika membahaskan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hamzah, Anwar perlu menjalankan tugas sebagai perdana menteri dan tidak terbawa-bawa dengan sikapnya sebagai ketua pembangkang dalam kerajaan terdahulu.

“Sebagai Menteri Kewangan, Ahli Parlimen Tambun tidak perlu menuduh dan mengeluarkan persepsi buruk terhadap kerajaan sebelum ini. Jika ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan, ambil saja tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukannya.

“Bukan dengan mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit. Menteri Kewangan terdahulu ada dengan kamu sekarang, tanya sahaja kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz.

“Kamu adalah Perdana Menteri sekarang dan bukan lagi ketua pembangkang. Saya adalah ketua pembangkang sekarang. Jangan buat tuduhan semberono, tiada lagi berita palsu dari kamu kerana inilah harapan rakyat sebenarnya,” katanya di Dewan Rakyat.

Kenyataan Hamzah telah menimbulkan pertikaian ahli-ahli Parlimen sehingga keadaan Dewan itu menjadi kecoh.

Kekecohan itu juga itu berterusan selepas Hamzah meminta Anwar menyaman media Eropah, yang telah menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri dengan menggelarnya sebagai ‘homoseksual sepenuhnya’ (full-blown homosexual).

Hamzah berkata, ia jelas adalah satu penghinaan kepada Anwar dan dia mesti mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya