Gobind tolak tawaran Anwar, fokus peranan MP 

Gobind tolak tawaran Anwar, fokus peranan MP 

GOBIND SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo menolak tawaran untuk berada dalam Kabinet pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Jelasnya dalam satu kenyataan hari ini, penolakan itu adalah untuk memberi tumpuan kepada peranannya sebagai ahli Parlimen. 

“Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak dapat berbuat demikian dan saya akan memberi tumpuan kepada peranan saya sebagai ahli Parlimen dan membantu kerajaan dalam semua cara yang saya boleh,” katanya di Facebook hari ini. 

Semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menamakan 28 anggota Kabinet untuk Kerajaan Perpaduan.

Dalam barisan itu, portfolio Gobind sebelum ini diambil alih oleh Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi Digital.

Kabinet dianggotai 15 ahli daripada Pakatan Harapan, melalui PKR, DAP, Amanah dan UPKO; enam daripada BN melalui UMNO; lima daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) melalui PBB, PRS dan PDP; dan satu daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melalui Sabah Bersatu. Seorang lagi gilongan teknokrat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya