Eskayvie Terima Dua Anugerah Enterprise 50 Anjuran SME Corp - Utusan Malaysia

Eskayvie Terima Dua Anugerah Enterprise 50 Anjuran SME Corp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat Eskayvie telah dinobatkan sebagai antara penerima Anugerah Enterprise 50 (E50) anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia).

Majlis yang mendapat kerjasama Deloitte Malaysia serta rakan-rakan strategik seperti RHB Bank Bhd, Unifi Business, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), UOB Malaysia dan RAM Rating Services Bhd itu diadakan bagi mengiktiraf 50 syarikat PKS yang berprestasi tinggi, kompetitif serta berdaya saing sama ada di pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Program anugerah tahunan ini telah diakreditasi sebagai anugerah terkemuka yang melambangkan pencapaian dalam perniagaan dan keusahawanan bagi mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang syarikat tempatan yang berdaya saing.

Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati, anugerah yang diterima adalah satu penghormatan buat Eskayvie yang telah berjaya meraih tempat kedua daripada 50 syarikat yang tersenarai dalam penyampaian anugerah tersebut.

Pada masa yang sama, Kartika juga dinobat sebagai wanita usahawan wanita pertama yang menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 sempena penganjuran majlis tersebut.

“Anugerah ini membuktikan bahawa perjuangan dan visi Eskayvie dalam memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah adalah sangat signifikan dan penting di dalam menyokong pembangunan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam era pasca Covid-19.

“Dua anugerah yang diperolehi ini sebenarnya membuktikan bahawa syarikat Bumiputera seperti Eskayvie yang diterajui oleh wanita mampu mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi di kalangan syarikat tempatan.

“Ia turut mengiktiraf sumbangan Eskayvie ke arah pembangunan negara serta memberi galakan kepada kami untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, sebanyak 213 penyertaan dicatatkan tahun ini, iaitu tertinggi sejak diperkenalkan pada 1997.

“Hanya syarikat yang mendapat penarafan 4 dan 5 bintang di bawah Program Penilaian Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) sahaja yang layak untuk disenaraikan dalam anugerah E50 ini.

“Eskayvie juga telah melalui proses penilaian yang ketat berdasarkan pelbagai parameter, antaranya termasuk proses perniagaan, kewujudan pasaran, kedudukan kewangan; serta adaptasi digitalisasi dalam syarikat masing-masing,” katanya.

Platform digital Eskayvie Nexus yang diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 sebelum ini telah membantu ramai yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya. Ada yang kehilangan pendapatan dan diberhentikan kerja, juga terpaksa berdepan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Melalui inisiatif pendigitalan inilah Eskayvie telah banyak membantu para usahawan untuk berniaga secara atas talian. Malahan, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang bernaung di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan skil keusahawanan mereka dengan menguasai strategi pemasaran dan jualan serta aspek kepemimpinan yang berkesan.

Sehingga kini Eskayvie telah berjaya melahirkan lebih 78,000 orang usahawan Nexus di seluruh Malaysia yang mampu menjana pendapatan lima angka setiap bulan.

Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Wellnes yang kini semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya