[VIDEO] Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ebit Lew tiba di Mahkamah Majistret Tenom

EBIT Lew tersenyum semasa tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di pekarangan Mahkamah Majistret pada pukul 9.50 pagi tadi.

Ebit yang berkemeja T dan berseluar hitam serta berkopiah putih tiba dengan menaiki Toyota Land Cruiser bersama peguam dan pengiringnya.

Beliau berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

GANGGUAN seksual, Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom. – UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN

Atas pertuduhan itu, beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Setakat ini, tiga saksi pendakwaan termasuk pendakwah Firdaus Wong, 39, telah dipanggil bagi memberi keterangan.

FIRDAUS Wong antara tiga saksi pendakwaan. – UTUSAN/SURAIDAH ROSLAN

Perbicaraan kes Ebit bermula pada 27 hingga 30 September lalu dan disambung semula pada hari ini sehingga 22 Disember.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh dan Kamarudin Mohmad Chinki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.