SUNGAI BULOH: Dua daripada empat mayat yang ditemukan pagi tadi sudah dikenal pasti sebagai suami isteri dari Melaka.
Menurut sumber, dua mangsa dewasa yang ditemukan ialah Tai Chang Lin, 35, dan Yu Siew Pay, 34.
Pihak forensik Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh mengesahkan dua mayat tersebut dengan mengesan DNA cap jari dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dua mangsa kanak-kanak yang ditemukan pagi tadi akan disahkan menggunakan kaedah forensik pergigian.
Pada pukul 12.50 tengah hari tadi, empat mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan bedah siasat (postmortem).
Mangsa yang ditemukan pada 11.30 pagi iaitu mangsa ke 27, 28, 29 dan 30 adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan, seorang wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa.
Sebelum itu, empat mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada pukul 12.50 tengah hari untuk pemeriksaan bedah siasat (postmortem).
Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkhemahan FoF melibatkan 92 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi. – UTUSAN