Dua beradik samun kedai serbaneka diberkas

Dua beradik samun kedai serbaneka diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua beradik berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melakukan samun menggunakan parang di dua kedai serbaneka di Skudai, di sini kelmarin.

Dua suspek itu menyembunyikan parang di dalam baju dan mengugut pekerja kedai yang berada di kaunter sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah, dua beradik berumur 33 dan 39 tahun berkenaan memasuki kedai serbaneka tersebut memakai topi keledar dengan berpura-pura  memilih barang sebelum mengugut pekerja yang berada di kaunter. 

“Apabila berada di kaunter seorang daripada suspek mengacukan parang dan mengugut pekerja di kaunter supaya menyerahkan hasil jualan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal yang ditunggang suspek berusia 39 tahun.

“Bagi mengelak dikesan polis selepas melakukan jenayah tersebut, kedua-dua suspek akan menyembunyikan diri di rumah keluarga mereka di kawasan perumahan di Layang Layang, Kluang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah menerima laporan, Jabatan Siasatan Jenayah Johor  kemudian menubuhkan sebuah pasukan khas dan hasil risikan, pihaknya berjaya menahan dua beradik berkenaan.

Pihaknya turut merampas sebuah motosikal, topi keledar dan pakaian suspek semasa melakukan jenayah tersebut.

“Kedua-dua suspek tersebut merupakan penganggur serta mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek ini positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Dua beradik berkenaan kini direman selama enam hari sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 kanun yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya