Dipenjara, sebat tipu tiket penerbangan RM26,588

Dipenjara, sebat tipu tiket penerbangan RM26,588

T. HAANS Raaj ketika dibawa untuk dituduh atas tiga pertuduhan menipu beberapa agensi pelancongan sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan tiket-tiket penerbangan berjumlah RM26,588 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/FAIZ ALIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja ladang dihukum penjara tiga tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu beberapa agensi pelancongan sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan tiket-tiket pernerbangan berjumlah RM26,588.

Tertuduh, T. Haans Raaj dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menipu Tabung Haji Travel & Tours dengan membuat pembayaran yang tidak wujud menyebabkan syarikat terbabit menyerahkan tiket bernilai RM15,397 pada 8 Jun lalu di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini.

Tertuduh mengulangi perbuatannya dengan menipu Sedunia Travel & Tours dengan cara yang sama sehingga syarikat itu menyerahkan tiket bernilai RM6,231 kepadanya pada 25 November lalu di Menara Genesis 33, Jalan Sultan Ismail di sini.

Pada 16 Disember lalu, di Medan Pasar City Centre di sini, Haans Raaj telah menipu Across Travel & Tours Sdn. Bhd. sehingga syarikat terbabit menyerahkan tiket penerbangan berjumlah RM4,960.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, B. Sareeka, Nur Hafiezah Mohamed Fauzi dan Nadia Eleena Jamaluddin Akbar manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Majistret-majistret Aina Azahra Ariffin, Wong Chai Sia dan Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim masing-masing menjatuhkan hukuman penjara setahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hukuman penjara diperintahkan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 19 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya