Covid-19: 583 kes positif termasuk 7 kes import

Covid-19: 583 kes positif termasuk tujuh kes import

PENDUDUK melakukan ujian asid nukleik untuk mengesan virus jangkitan Covid-19 di Wuhan, wilayah Hubei, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 583 kes berbanding kelmarin, 620 kes sekali gus diatasi 930 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 23,766 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 5,026,164 kes.

Kes yang dilaporkan itu membabitkan 576 kes penularan tempatan dengan tujuh adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Bagi kes positif baharu, Selangor sahaja menjadi negeri tertinggi dengan mencatatkan kes tiga angka iaitu 183 kes.

Negeri yang mencatat bawah 100 kes pula iaitu Kuala Lumpur (72), Sarawak (56), Pulau Pinang (56), Melaka (43), Perak (34), Kedah (31), Putrajaya (22), Pahang (18), Kelantan (15), Sabah (15), Johor (14) dan Negeri Sembilan (13).

Hanya tiga lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Terengganu, sembilan kes manakala Labuan dan Perlis, masing-masing satu kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 233 orang berbanding kelmarin, 244 orang; 32 kes rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 16 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, Malaysia juga merekodkan satu kes kematian Covid-19, berbanding jumlah kelmarin, dua kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,852 kes.

Tiada kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,852 kes. – UTUSAN

 

End

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya