Covid-19: 511 pesakit di wad

Covid-19: 511 pesakit di wad

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,421 kes berbanding kelmarin, 2,375 kes sekali gus diatasi 2,826 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 34,166 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,996,964 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,000 kes diikuti Kuala Lumpur (174), Sabah (173), Sarawak (156), Melaka (153), Pulau Pinang (102), Kedah (135) dan Pahang (107).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Perak (85), Kelantan (84), Negeri Sembilan (64), Terengganu (64), Putrajaya (49), Johor (38), Labuan (22) dan Perlis (15).

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 511 orang berbanding kelmarin, 487 orang, 97 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selain 62 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan sembilan kes berbanding jumlah kelmarin, 11 kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,704 kes; manakala, tiga kes kematian dibawa ke hospital (BID) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,813 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya