Covid-19: 1,649 kes positif; 16 kematian

Covid-19: 1,649 kes positif; 16 kematian

LAPAN daripada 16 kes adalah kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,826 kes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan 16 kes kematian Covid-19, berbanding jumlah kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,716 kes.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, lapan daripada 16 kes adalah kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,826 kes.

Selain itu, Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,649 kes berbanding kelmarin, 1,576 kes sekali gus diatasi 1,675 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 21,203 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 5,003,557 kes.

Bagi kes positif baharu, Selangor menjadi negeri tertinggi iaitu 530 kes diikuti Kuala Lumpur (170), Sarawak (170), Melaka (126) dan Kedah (116).

Negeri yang mencatat bawah 100 kes pula iaitu Kelantan (92), Pulau Pinang (87), Sabah (79). Perak (59), Negeri Sembilan (42), Pahang (42), Johor (40), Terengganu (34), Putrajaya (34) dan Labuan (20), manakala hanya dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, lapan kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 418 orang berbanding kelmarin, 407 orang; 101 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 64 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – UTUSAN

End

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya