Covid-19: 1,597 kes positif; 86 kes ICU

Covid-19: 1,597 kes positif; 86 kes ICU

SEBANYAK enam kes kematian direkodkan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,597 kes berbanding kelmarin, 1,759 kes sekali gus diatasi 2,596 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 26,094 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 5,008,452 kes.

Bagi kes positif baharu, Selangor menjadi negeri tertinggi iaitu 463 kes diikuti Kuala Lumpur (147), Sarawak (137), Pulau Pinang (133) dan Melaka (131).

Negeri yang mencatat bawah 100 kes pula iaitu Perak (96), Kedah (92). Sabah (76). Negeri Sembilan (73), Kelantan (64), Putrajaya (58), Pahang (56), Johor (24), Terengganu (22) dan Labuan (18), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, tujuh kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 378 orang berbanding kelmarin, 416 orang; manakala 86 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 54 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, Malaysia juga merekodkan enam kes kematian termasuk satu kes kematian dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,748 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya