Covid-19: 1,315 kes baharu dari 26,094 hasil ujian saringan

Covid-19: 1,315 kes baharu dari 26,094 hasil ujian saringan

JUMLAH pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 50 kes.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,315 kes berbanding kelmarin, 1,597 kes sekali gus diatasi 2,601 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 26,094 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 5,009,767 kes.

Bagi kes positif baharu, Selangor menjadi negeri tertinggi iaitu 420 kes diikuti Sarawak (126), Pulau Pinang (103), Kuala Lumpur (102) dan Melaka (100).

Negeri yang mencatat bawah 100 kes pula iaitu Kedah (87). Negeri Sembilan (85), Sabah (77), Perak (67), Pahang (42), Putrajaya (31), Johor (25), Terengganu (22), Labuan (18) dan Kelantan (15), manakala hanya satu lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, sembilan kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 344 orang, selain 73 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 50 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, Malaysia juga merekodkan lima kes kematian Covid-19 dengan satu kes daripadanya kematian dibawa ke hospital (BID) menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,753 kes (7,829 kes terkumpul BID). – UTUSAN

 

End

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya