Caliph Buskers kumpul dana bantu OKU ke Tanah Suci

Caliph Buskers kumpul dana bantu OKU ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekian lama menyimpan impian, doa anggota kumpulan Caliph Buskers untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bakal menjadi kenyataan apabila mereka dilantik sebagai ikon program Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0.

Vokalisnya, Azmi Saat berkata, mereka sangat teruja apabila diberi peluang menjadi sebahagian daripada program berkenaan, sekali gus dibawa mengerjakan umrah sekitar tahun depan.

“Tawaran ini bagaikan impian yang terlaksana. Memang kami berhasrat mahu mengerjakan umrah, tetapi banyak kekangan, termasuk dari segi kewangan membuatkan kami tidak mampu terbang ke Tanah Suci.

“Peluang diberikan ini ibarat mengubati kekecewaan pemain bass kami, Zaki Ismail yang terpaksa akur apabila rombongan umrah sepatutnya disertai sebelum ini dibatalkan akibat Covid-19.

“Jadi, apabila diberikan tawaran menjadi ikon program ini, kami semua teruja dan bersyukur,” katanya.

Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 adalah program yang dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi membolehkan Orang Kelainan Upaya (OKU) terbang ke Tanah Suci mengerjakan umrah.

Kata Azmi, sebagai ikon Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0, mereka berperanan menggalakkan orang ramai menyokong program berkenaan.

“Kami bertanggungjawab mempromosikan program ini di media sosial dan ketika menjayakan persembahan untuk menggalakkan orang ramai menyokong agar golongan cacat pendengaran dan penglihatan dapat ke Tanah Suci mengerjakan umrah,” ujarnya yang bakal terbang ke sana, Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya