BN akan meterai perjanjian gabungan dengan PH - Utusan Malaysia

BN akan meterai perjanjian gabungan dengan PH

ZAMBRY Abdul Kadir semasa hadir pada Majlis Ramah Mesra Warga Kementerian Luar di Wisma Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) bersedia memeterai secara rasmi perjanjian penggabungan dengan Pakatan Harapan (PH) dan beberapa parti atau blok siasah dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perjanjian berkenaan bagi memastikan tahap pentadbiran kerajaan pelbagai parti pada ketika ini akan lebih bersifat formal.

“Kita (BN) telah pun ada perbincangan untuk apa yang dikenali sebagai perjanjian penggabungan baru-baru ini dan insya-Allah akan ditandatangani sedikit masa lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri ramah mesra bersama warga Kementerian Luar di Wisma Putra di sini hari ini. 

Kerajaan Perpaduan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dibentuk hasil daripada gabungan PH dengan BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti kecil lain.

Zambry yang baru memulakan tugas sebagai Menteri Luar berkata, perjanjian penggabungan tersebut lebih bertujuan memastikan kestabilan kerajaan ‘campuran’ pelbagai blok politik yang berbeza tidak tergugat.

“Ia akan dipersetujui dalam masa terdekat apabila semua perkara dimuktamadkan namun setakat ini saya tidak dapat mendedahkan segala perincian dalam klausa perjanjian berkenaan,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa secara umum perjanjian tersebut akan menyelaraskan banyak isu berbangkit terutama pelaksanaan manifesto berbeza antara setiap blok politik itu.

Pada masa sama, perjanjian berkenaan juga akan memperincikan garis sempadan antara semua parti yang ketika ini dilihat agak mengelirukan rakyat khususnya penyokong Kerajaan Perpaduan.

Dalam perkembangan lain, beliau membayangkan bahawa dasar luar Malaysia akan kekal sama di bawah pentadbiran Anwar.

Bagaimanapun jelas beliau, sekiranya ada perubahan sama ada besar atau kecil, ia akan tertakluk kepada kepimpinan negara bagi mencorakkan hala tujunya termasuk dengan pihak tertentu.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya