Bersatu Sabah akan bangkit - Faizal Azumu 

Bersatu Sabah akan bangkit – Faizal Azumu 

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin parti itu kembali bangkit di Sabah berikutan tindakan wakil rakyatnya meninggalkan Bersatu Sabah.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengurusan parti akan segera membentuk struktur yang runtuh di pelbagai peringkat.

“Kita amat yakin dengan penerimaan dan sokongan rakyat kepada Bersatu di seluruh negara termasuk di Sabah. 

“Bersatu akan kekal di Sabah dan akan bangkit daripada situasi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Bersatu Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Katanya, keputusan sebulat suara ini adalah demi kepentingan Sabah, perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan. 

Hajiji, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah berkata, pada masa ini wakil rakyat akan menggunakan GRS untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri-negeri Borneo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN