Bekas pegawai Menteri Luar jadi AJK Hal Ehwal Antarabangsa MBM

Bekas pegawai Menteri Luar jadi AJK Hal Ehwal Antarabangsa MBM

TAN Sian Hoo menerima watikah pelantikan sebagai anggota jawatankuasa hal ehwal antarabangsa daripada Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid. - FOTO IHSAN MBM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersetuju untuk melantik Tan Sian Hoo sebagai penyandang baharu Anggota Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Antarabangsa.

Menurut hantaran badan tersebut dalam laman sosial rasminya, penyerahan pelantikan itu berlangsung selepas mesyuarat dipengerusikan Presidennya, Mohd. Izzat Abdul Hamid bagi membincangkan mengenai gerak kerja semasa jawatankuasa itu dan beberapa perancangan programnya.

Sian Hoo, 32, merupakan bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Luar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika era pentadbiran terdahulu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau yang berpengalaman luas lebih 12 tahun dalam bidang geopolitik antarabangsa, pernah juga berkhidmat dalam pelbagai jawatan di beberapa firma dan pertubuhan bukan kerajaan.

Antaranya sebagai Ketua Program di Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global sejak mula ditubuhkan pada 2012 lalu dengan menganjurkan banyak sidang kemuncak serantau.

Graduan Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa Universiti SEGI itu pernah meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 2020.

Minat Sian Hoo dalam bidang kesukarelawanan malah diteruskan sebagai guru bahasa Inggeris untuk murid miskin anjuran Persatuan Antarabangsa Light Buddha sejak 2016 lagi.

Menerusi ucapan ringkas selepas dilantik menyandang jawatan tersebut, beliau merakamkan penghargaan dan berjanji akan berusaha sebaik mungkin terhadap amanah diberikan demi memperkasakan belia dalam isu global.

MBM ditubuhkan pada 1950 lalu dan diiktiraf pihak kerajaan sebagai badan induk organisasi belia peringkat kebangsaan setelah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia 2007.

Ketika ini terdapat sejumlah 41 buah badan bergabung dengan MBM termasuk organisasi beruniform, agama, pelajar dan negeri dengan jumlah keseluruhannya lebih tiga juta ahli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya