Banjir: SK Melor jadi PPS pertama di buka di Kelantan

Banjir: SK Melor jadi PPS pertama di buka di Kelantan

SEBAHAGIAN mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan. - FOTO/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hujan lebat sejak semalam menyaksikan Sekolah Kebangsaan (SK) Melor menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pertama dibuka di negeri ini.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM setakat pukul 5 petang menyaksikan seramai 14 mangsa dari tiga keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya yang dijangka berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu hingga esok (Sabtu).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara itu, mengikuti portal ebanjir Negeri Kelantan, hanya satu sungai utama merekodkan paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang pada bacaan 8.25 meter (m).

Manakala beberapa sungai utama merekodkan paras berjaga-jaga iaitu Sungai Galas di Dabong pada bacaan 32.51 m dan Sungai Kelantan di Tangga Krai (20.49 m).

Bagi sungai utama yang berada pada paras normal adalah Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard (9.52 m),  Tambatan Diraja pada paras 0.68 m, Sungai Golok di Kuala Jambu (1.41m) dan Sungai Semerak di Pasir Puteh (1.04 m). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya