Banjir: APM Lipis selamatkan ibu muda berpantang, sakit

APM Lipis selamatkan ibu muda berpantang, sakit terperangkap dalam banjir

AIN Syakira Zainal Abidin (kanan) dibantu anggota APM  menaiki lori penyelamat untuk dibawa keluar ke Hospital Lipis di Kampung Beletik di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang ibu muda, Ain Syakira Zainal Abidin, 24, yang sedang berpantang dan mengalami kesakitan selepas melahirkan anak, diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lipis selepas terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Beletik di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi hari ini, wanita terbabit tidak dapat keluar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Lipis kerana laluan masuk ke rumahnya dinaiki air sejak semalam. 

Sekretariat Pengurusan Bencana APM Lipis, Mohd. Nor Azhar Yusof berkata, petugas agensi terbabit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Kampung Beletik di sini menerima panggilan kecemasan daripada mangsa yang memaklumkan tidak dapat keluar berikutan jalan dinaiki air.

“Mangsa masih dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak dan mengalami kesakitan. Ekoran itu, dia mahu keluar bagi mendapatkan rawatan di Hospital Lipis.

“Dia tidak dapat menaiki kenderaan sendiri kerana terputus hubungan jalan kerana dilimpahi air banjir selain bimbang keselamatan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nor Azhar, anggota APM segera ke kediaman mangsa dengan menaiki lori meredah laluan dinaiki air dan berjaya membawa keluar mangsa. 

“Anggota APM seterusnya menyerahkan kepada petugas perubatan dan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Lipis,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya