Anwar umum Kabinet petang esok

Anwar umum Kabinet petang esok

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kabinet kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan esok pada pukul 5 petang.

Menurut sumber Utusan Malaysia, saiz Kabinet itu dikurangkan sehingga 60 peratus berbanding kerajaan terdahulu iaitu hanya terdiri daripada 25 ahli Jemaah Menteri.

Turut dimaklumkan oleh sumber itu, dua Timbalan Perdana Menteri akan dilantik dalam Kabinet tersebut.

Difahamkan, majlis angkat sumpah boleh diadakan pada hari sama atau Sabtu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya