Anwar perlu dedah nama parti terima dana judi - Pemuda PN - Utusan Malaysia

Anwar perlu dedah nama parti terima dana judi – Pemuda PN

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemuda Perikatan Nasional (PN) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terus parti mana dalam gabungan itu yang menerima dana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada syarikat perjudian sebagaimana didakwa.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya mahu kerajaan menjalankan siasatan dan terus mengemukakan bukti untuk pendakwaan di mahkamah.

“Hal ini kerana kamu (Kerajaan Peraduan) ada semua agensi yang boleh melaksanakan forensik audit. Tapi, kalau tak ada, jangan buat fitnah dan persepsi.

“Ini satu pemikiran ‘luar biasa’ di mana seorang Perdana Menteri boleh membuat tuduhan seperti itu. Tak munasabah langsung, Kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah tutup premis judi termasuklah Perlis selepas ini,” katanya semasa siaran langsung di laman sosial Facebook miliknya hari ini bagi menjawab tuduhan Anwar yang membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, berkemungkinan individu yang membuat tuduhan itu sudah hilang akal.

“Bagi kawan-kawan penyokong Barisan Nasional (BN) saya mohon maaf banyak-banyak. Tetapi saya rasa bahawa perkataan seperti ini adalah satu pandangan atau kenyataan daya intelek tuan-tuan sebagai penyokong PH dan BN.

“Sepatutnya selepas mesyuarat pertama jemaah Kabinet, sidang media pertama sepatutnya penuh bermaklumat dan ditunggu-tunggu oleh rakyat,” jelasnya.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, sidang media itu sepatutnya menjelaskan perancangan kerajaan untuk berdepan dengan kemelut ekonomi pada tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya, Perdana Menteri lebih berminat untuk mengumumkan perkara lain berbanding perancangan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, kerajaan yang dibentuk menerusi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan lain-lain bukanlah perpaduan.

Katanya, Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti namun PN memilih untuk menjadi pembangkang.

“Kerajaan hari ini ialah campuran dan cacamarba yang melibatkan gabungan kleptokrasi dan cauvinis,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya