Amaran ribut petir, hujan berterusan

Amaran ribut petir, hujan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan negeri dan mengemas kini amaran hujan berterusan atau tahap waspada di lapan negeri bermula semalam.

Menurut Met Malaysia, ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) dikemas kini melibatkan kawasan-kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu dan Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan), berkuat kuasa hingga 3 Disember 2022,” katanya dalam kenyataan media.

Jelas jabatan itu, amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah; Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat berkuat kuasa sejak semalam.

Tambahnya, angin kencang 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan dan Terengganu sepanjang tempoh itu.

Kelmarin  Met Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di lapan negeri. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN