Ahli keluarga mangsa hadir ke lokasi kejadian

Ahli keluarga mangsa hadir ke lokasi kejadian

TIGA wanita dan seorang lelaki dipercayai ahli keluarga salah seorang daripada sembilan mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkemahan FoF dilihat tiba ke lokasi kejadian di Jalan Batang Kali-Genting Highlands petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Ahli keluarga salah seorang mangsa dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkemahan Father’s Organic Farm (FoF) dilihat tiba ke lokasi kejadian di Jalan Batang Kali-Genting Highlands petang ini.

Ahli keluarga terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu dipercayai isteri dan anak salah seorang daripada sembilan mangsa yang masih belum ditemui sehingga kini.

Keempat-empat mereka tiba sekitar pukul 4 petang dengan diiringi pasukan Polis dan salah seorang wanita dipercayai isteri mangsa dilihat tidak dapat menahan sedih sebelum di bawa ke khemah operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sementara itu, operasi SAR yang memasuki hari keempat disambung pada pukul 8 pagi tadi melibatkan 135 anggota pasukan penyelamat dan dibantu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selepas dihentikan 8.15 malam semalam disebabkan cuaca buruk.

Bagaimanapun tiada mangsa ditemui setakat pukul 4.30 petang ini selepas operasi diteruskan pagi tadi dan pasukan penyelamat masih meneruskan operasi SAR menggunakan khidmat anjing pengesan K9 serta lapan jengkaut di sekitar runtuhan tanah setinggi 16 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN