Adnan kekal Presiden Cuepacs 2022-2025 - Utusan Malaysia

Adnan kekal Presiden Cuepacs 2022-2025

Cuepacs
Adnan Mat (empat kanan) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Cuepacs untuk Sesi 2022-2025 selepas keputusan konvensyen kongres itu diumumkan dalam pemilihannya di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) Tritahunan Ke-29 yang berlangsung sejak Sabtu lalu menyaksikan Datuk Adnan Mat mengekalkan jawatannya sebagai Presiden bagi Sesi 2022-2025 dalam pemilihan, hari ini.

Adnan kekal mengetuai kongres tersebut selepas meraih 1,108 undi menewaskan Timbalan Presiden Cuepacs II, Zulkifli Mohamed yang mewakili Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUiTM) apabila sekadar mendapat 331 undi.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden I.

Menurut Adnan, beliau akan terus memperjuangkan segala isu mengenai kakitangan awam sama ada isu lama dan usul yang dibentangkan semasa konvensyen tersebut.

“Isu kenaikan gaji tahunan (KGT) anggota perkhidmatan awam  rendah akan terus diperjuangkan. Ia sewajarnya disemak semula bagi menjamin kebajikan golongan tersebut.

“Setakat ini mereka hanya menerima antara RM80 hingga RM320 yang merupakan kenaikan interim atau sementara yang telah dipersetujui selepas Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dimansuhkan sejak 2012,” katanya, hari ini.

Adnan berkata,kos sara hidup mengikut Jabatan Perangkaan mendapati meningkat RM115 sebulan oleh itu kenaikan RM80 tersebut dianggap tidak munasabah dan memerlukan kerajaan mengunjurkan kenaikan baharu. 

“Konvokesyen Cuepacs telah cadangkan perlu kenaikan tangga gaji baharu kepada anggota perkhidmatan awam dengan minimum KGT kepada RM180 setahun kepada gred paling rendah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain Adnan berkata, setiap usul yang dikemukakan pada konvensyen tersebut akan dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Kita juga mengharapkan  kerajaan sebagai majikan   akan mengumumkan sesuatu yang baik untuk kesemua penjawat awam pada pengumuman Bajet 2023 tidak lama lagi,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya