Abdul Hadi tiba di IPD Sentul untuk dirakam keterangan - Utusan Malaysia

Abdul Hadi tiba di IPD Sentul untuk dirakam keterangan

KENDERAAN membawa Abdul Hadi Awang tiba di IPD Sentul. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat masuki pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada pukul 2.55 petang tadi.

Abdul Hadi tiba menaiki kenderaan pelbagai jenis (MPV) Toyota sempat melambai tangan kepada pengamal media selepas turun dari kereta berkenaan.

Ahli Parlimen Marang itu dipanggil ke IPD Sentul untuk dirakam keterangan berkenaan laporan yang dibuat terhadapnya baru-baru ini oleh Pakatan Harapan.

Abdul Hadi dalam laporan sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang Pas daripada berkuasa di samping turut menyifatkan parti tersebut sebagai tidak bermoral.

Beliau juga menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil ‘tiba-tiba memberi masa tambahan’ bagi memberi peluang kepada pasukan kalah ‘untuk menang dengan apa cara sekalipun’.

Komennya yang dipetik daripada kolum ditulis ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Semalam, Ketua Komunikasi PKR Ampang, Syafiq Zulkifli menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Abdul Hadi yang menyifatkan kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara.

“Kebencian yang cuba disemai ahli politik seperti Abdul Hadi menyebabkan ketidakharmonian dan membantut pertumbuhan ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

“Tindakan tegas mesti diambil polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara dan mereka yang terlibat dalam sebarang unsur pengkhianatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya