Abang Viva bantu mangsa banjir Terengganu

Abang Viva bantu mangsa banjir Terengganu

AZWAN Omar atau Abang Viva menggerakkan misi bantuan banjir di Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis sukarelawan, Azwan Omar, 30, atau lebih dikenali sebagai Abang Viva menggerakkan misi bantuan banjir di Terengganu susulan cuaca buruk dan hujan lebat yang melanda Pantai Timur ketika ini. 

Menerusi hantaran di Facebook, misi tersebut digerakkan di bawah Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va. 

“Misi kali ini agak mencabar dengan keadaan hujan berlarutan, air deras dan kedalaman air banjir serta enjin bot yang tidak memberi kerjasama,” katanya. 

Abang Viva mula mencuri tumpuan ramai apabila dia dianggap sebagai wira banjir kerana usaha murninya membantu mangsa banjir bermula di Puchong disusuli Taman Sri Muda, Shah Alam di Selangor dan Temerloh, Pahang, sebelum ini.

Ia susulan anak bongsu daripada empat beradik itu bergerak solo memandu Perodua Viva dengan membawa bot getah yang diletakkan di atas bumbung keretanya, menuju lokasi banjir berbekal wang RM50 diberikan oleh ibunya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.